Skip to main content

INFLUENZA ? 3 Makanan yang mempunyai peranan antiviral

Kebanyakan doktor akan menyarankan sokongan ubatan bagi melegakan simptom penyakit influenza (ubat untuk mengurangkan simptom), contohnya demam, selesema dll.

Secara umumnya, rawatan yang biasa digunakan bagi merawat jangkitan influenza, adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Namun kita juga boleh memberikan sokongan kepada sistem imunisasi dengan makanan yang juga mempunyai peranan antiviral seperti Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda dan Madu, di samping pengambilan sayuran, buahan serta pengamalan gaya hidup sihat.

1. Minyak Zaitun
Kajian menunjukkan Hydroxytyrosol (dalam Minyak Zaitun) menyahaktifkan virus influenza A,serta menunjukkan mekanisme antivirus termasuk pada virus influenza.¹

2. Minyak Habbatus Sauda
Mempunyai peranan antivirus dan menyokong sistem imuniti.²

3. Madu
Beberapa kajian menunjukkan aktiviti antivirus madu terhadap pelbagai jenis virus seperti respiratory syncytial virus (RSV), varicella-zoster virus (VZV), adenovirus, dan virus influenza.³

Sama-samalah kita meningkatkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Marilah mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan pemakanan yang sihat

Sumber: Knowledege Management Aafiyat Group


Berminat boleh terus whatsaap : http://www.wasap.my/601156254769

atau ke Shoppe saya

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Anda Perlu Amalkan Minyak Habbatus Sauda ?

Apa kata pengguna? "Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan bertambah baik selepas amal Black Seed Oil (BSO) " Ramai mula berkongsi pengalaman indah menggunakan Black Seed Oil ( BSO ) atau lebih sinonim lagi dengan nama Minyak Habbatus Sauda. Habbatus Sauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa dihasilkan dengan menggunakan proses “Mechanical Cold-Pressed” yang mengekalkan manfaat minyak ini. Minyak Habatus Sauda Olive House memiliki rasa yang unik tanpa memeritkan tekak menjadikannya mudah untuk diambil oleh sesiapa sahaja kanak-kanak mahupun dewasa. Minyak ini diimport dari Izmir, Turki dan mendapat pengiktirafan MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Khasiat Vitamin E nya tinggi. Kita boleh mendapat manfaat Vitamin E dengan hanya 5 titis samada dititis pada madu bercampur air suam, dititis pada minuman kesukaan kita baik kopi mahupun teh atau minuman lainnya. Untuk mendapat khasiat yang optimum disarankan dititis di bawah lidah dengan kadar 1-5 titis. Walaubagaim...

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) adalah minyak yang dihasilkan daripada isi kelapa.  Bergantung kepada cara ia dihasilkannya, terdapat dua jenis minyak kelapa dara. Minyak kelapa biasa dihasilkan dengan proses penapisan, pelunturan dan penyahbauan yang menyebabkan ia mempunyai warna kuning, tidak berbau dan tiada rasa kelapa. Manakala minyak kelapa dara (VCO) pula dihasilkan melalui kaedah pemerahan isi kelapa tanpa menggunakan sebarang haba pemanasan. Ini menyebab VCO mengekalkan bau dan rasa kelapa. Sementara warnanya jernih. Walaupun kedua-dua minyak ini mempunya nilai asid lemak yang sama,  tetapi minyak kelapa dara (VCO) mempunyai nutrisi dan antioksidan yang lebih tinggi dari minyak kelapa biasa.  Dalam setiap satu sudu besar VCO mengandungi 140kCal.  Kebanyakan asid lemak VCO terdiri daripada lemak tepu daripada asid lemak rantaian sederhana (Middle Chain Fatty Acid), yang kebanyakannya adalah asid laurik. Ia mudah terurai di dalam sistem pengh...