Skip to main content

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA



Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) adalah minyak yang dihasilkan daripada isi kelapa. 

Bergantung kepada cara ia dihasilkannya, terdapat dua jenis minyak kelapa dara.

Minyak kelapa biasa dihasilkan dengan proses penapisan, pelunturan dan penyahbauan yang menyebabkan ia mempunyai warna kuning, tidak berbau dan tiada rasa kelapa.

Manakala minyak kelapa dara (VCO) pula dihasilkan melalui kaedah pemerahan isi kelapa tanpa menggunakan sebarang haba pemanasan. Ini menyebab VCO mengekalkan bau dan rasa kelapa. Sementara warnanya jernih.

Walaupun kedua-dua minyak ini mempunya nilai asid lemak yang sama,  tetapi minyak kelapa dara (VCO) mempunyai nutrisi dan antioksidan yang lebih tinggi dari minyak kelapa biasa. 

Dalam setiap satu sudu besar VCO mengandungi 140kCal. 

Kebanyakan asid lemak VCO terdiri daripada lemak tepu daripada asid lemak rantaian sederhana (Middle Chain Fatty Acid), yang kebanyakannya adalah asid laurik. Ia mudah terurai di dalam sistem penghadaman dan bertukar menjadi tenaga tanpa disimpan di dalam hati. Oleh itu, ia boleh menjadi sumber tenaga yang cepat. 

VCO mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh. Antaranya termasuklah asid fenolik, asid ferulik dan tocopherol.

Oleh itu VCO bagus untuk :

1. MASALAH KULIT terutamanya ekzema atau atopik dermatitis.

Kajian ke atas kanak-kanak eczema yang menggunakan VCO 2 kali sehari sebagai sapuan pada semua permukaan kulit dapat mengurangkan simptom ekzema daripada menjadi teruk. 

VCO sesuai digunakan sebagai pelembab bagi masalah kulit kering pada kulit yang normal kerana ia mampu meningkatkan kelembapan kulit.

2.  MASALAH RAMBUT. VCO 

mampu mencegah kerosakan rambut yang sering berlaku selepas mencuci rambut. Ini kerana 

VCO mempunyai asid laurik yang mengelakkan masalah rambut  menjadi kering, rapuh dan senang gugur. Asid laurik di dalam VCO juga boleh menyerap masuk ke dalam rambut dan membaiki rambut rosak dan membekalkan vitamin, mineral dan lemak sihat kepada rambut.

3. MASALAH JANTUNG. VCO mengandungi lemak tepu semulajadi yang dapat meningkatkan jumlah kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam badan sekaligus baik untuk kesihatan jantung. Terdapat  juga kajian menunjukkan bahawa pengambilan VCO tidak menyebabkan peningkatan ketara paras kolesterol LDL di dalam badan di kalangan mereka yang aktif. American Heart Association mencadangkan pengambilan  lemak tepu dari VCO hanya sebanyak  10% daripada jumlah kalori harian.


4. MASALAH OBESITI. Membantu menurunkan berat badan. VCO melambatkan rasa lapar dan mengekalkan rasa kenyang. Oleh itu VCO boleh diambil dalam diet Intermitent Fasting atau ketogenic. Dalam satu kajian pengambilan 2 sudu makan (30ml) minyak kelapa selama 12 minggu telah menunjukkan penurunan yang ketara dalam indeks jisim tubuh (BMI) dan ukur lilit pinggang bagi 40 orang wanita obes.


5. TINGGI NILAI ANTIOKSIDAN. VCO mempunyai antioksidan  seperti  asid fenolik seperti caffeic acid, syringic acid, p-coumaric acid, vanillic acid, dan asid ferulik. Ia juga mengandungi flavonoid dan vitamin seperti vitamin A dan vitamin E. Kajian mendapati bahawa VCO mampu meningkatkan tahap antioksidan dan menurunkan kandungan lipid peroksida yang boleh menyebabkan pemendakan kolesterol dalam saluran darah dan kerosakan sel di dalam tubuh.

6. BERPOTENSI MENCEGAH KANSER. VCO mempunyai aktiviti antiradang dan antioksidan yang boleh melawan sel kanser. 

7. MENCEGAH PENYAKIT ALZHEIMER.  Penyakit Alzheimer menyebabkan penurunan kebolehan otak untuk menggunakan glukosa sebagai tenaga. Keton dari penghuraian asid lemak VCO dapat menyediakan sumber tenaga alternatif bagi sel otak untuk mengurangkan simptom Alzheimer.

8. KESIHATAN TULANG. VCO dapat mencegah masalah osteoporosis (tulang rapuh). Ia menurunkan paras melondialdehyde (bahan yang boleh menyebabkan oksidatif stres di dalam tulang) dan meningkatkan paras enzim antioksidan seperti glutathione peroksida dan superoksida dismutase di dalam tulang selepas 6 minggu.

Kesimpulannya, minyak kelapa dara (VCO) mempunyai pelbagai nutrien seperti asid lemak, vitamin dan mineral yang boleh memberi manfaat kesihatan kepada tubuh badan kita. 

Minyak kelapa dara berperanan penting untuk kesihatan kulit, rambut, jantung dan tulang kita. Ia juga boleh membantu mencegah penyakit seperti penyakit Alzheimer, kanser dan juga boleh membantu menurunkan berat badan. 

Semoga bermanfaat. 

Bacaan:

Wallace, T. C. (2019). Health Effects of Coconut Oil—A Narrative Review of Current Evidence. Journal of the American College of Nutrition, 38(2), 97–107.

sumber : telegram Perkongsian Dr Zubaidi


Berminat untuk mendapatkan Produk Olive House boleh la click link di bawah : 

www.wasap.my/601156254769/blogbantusaya+dapatkan+produkolivehouse 

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Anda Perlu Amalkan Minyak Habbatus Sauda ?

Apa kata pengguna? "Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan bertambah baik selepas amal Black Seed Oil (BSO) " Ramai mula berkongsi pengalaman indah menggunakan Black Seed Oil ( BSO ) atau lebih sinonim lagi dengan nama Minyak Habbatus Sauda. Habbatus Sauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa dihasilkan dengan menggunakan proses “Mechanical Cold-Pressed” yang mengekalkan manfaat minyak ini. Minyak Habatus Sauda Olive House memiliki rasa yang unik tanpa memeritkan tekak menjadikannya mudah untuk diambil oleh sesiapa sahaja kanak-kanak mahupun dewasa. Minyak ini diimport dari Izmir, Turki dan mendapat pengiktirafan MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Khasiat Vitamin E nya tinggi. Kita boleh mendapat manfaat Vitamin E dengan hanya 5 titis samada dititis pada madu bercampur air suam, dititis pada minuman kesukaan kita baik kopi mahupun teh atau minuman lainnya. Untuk mendapat khasiat yang optimum disarankan dititis di bawah lidah dengan kadar 1-5 titis. Walaubagaim...

INFLUENZA ? 3 Makanan yang mempunyai peranan antiviral

Kebanyakan doktor akan menyarankan sokongan ubatan bagi melegakan simptom penyakit influenza (ubat untuk mengurangkan simptom), contohnya demam, selesema dll. Secara umumnya, rawatan yang biasa digunakan bagi merawat jangkitan influenza, adalah dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Namun kita juga boleh memberikan sokongan kepada sistem imunisasi dengan makanan yang juga mempunyai peranan antiviral sepert i Minyak Zaitun, Minyak Habbatus Sauda dan Madu, di samping pengambilan sayuran, buahan serta pengamalan gaya hidup sihat. 1. Minyak Zaitun Kajian menunjukkan Hydroxytyrosol (dalam Minyak Zaitun) menyahaktifkan virus influenza A,serta menunjukkan mekanisme antivirus termasuk pada virus influenza.¹ 2. Minyak Habbatus Sauda Mempunyai peranan antivirus dan menyokong sistem imuniti.² 3. Madu Beberapa kajian menunjukkan akti...

5 Balm Tasneem Naturel membantu masalah bayi dan anak kecil

Ada 5 Balm Tasneem Naturel membantu masalah bayi dan anak kecil :- CF-Rub Balm - Membantu melegakan selesema, batuk dan demam.Membantu mencairkan kahak serta membantu menurunkan suhu badan apabila demam. Sleep Time Balm - Membantu anak tidur lebih lena dan dapat tidur yang berkualiti . Calm Time Balm - Membantu anak untuk tenang,relaxs dan mudah dikawal. Sesuai untuk anak yang kuat merengek-rengek dan kerap tantrum tanpa sebab.  Skeenz Balm - Membantu dalam menyelesaikan masalah ketidakselesaan kulit anak, Kulit gatal, kulit sensitive, ruam panas/lampin/susu, gigitan serangga, dan masalah berkaitan kulit.  T-Rub Balm - Untuk Mengelakkan kembung, sembelit, sebu perut dan mengatasi M asalah Cirit Birit. Menjadikan perut bayi selesa.T-Rub cukup digemari oleh ibu-ibu kerana balm ini selamat dan boleh menggantikan minyak telon. Ibu-ibu pasti akan teruja setiap kali mengurut dan menyapu balm ini ke perut bayi kerana boleh melegakan perut kembung, sembelit dan membuang angin b...